Blogger Layouts

HELP ME TO SPREAD ISLAM BECAUSE OF ALLAH / BANTULAH SAYA MENYEBARKAN AGAMA ISLAM KERANA ALLAH

.

mulakan dengan? Bismillah...

mulakan dengan? Bismillah...

Friday, 20 April 2012

Kanak-kanak Riang..! (^_^)

Kepada semua pembaca , maaf hari ni i keluar topik sikit hokay? ^^

Pada 19 April 2012 saya telah diterima bekerja sebagai seorang guru di salah sebuah tadika berhampiran rumah saya. Alhamdulillah , ade gak kerja cuti sem ni daripada boring terkurung kat rumah. Boleh gak timba pengalaman. Pagi sampai tengahari i olls mengajar , tengahari sampai petang i olls jaga budak-budak.. ^^ comel la kerja ni kan?. Haha.. (Lah sangat)

Hari pertama bekerja , pemilik sekolah tu yang bernama Kak Na cakap kat saya yang hari tu saya takyah mengajar lagi , just tolong Kak Ros jaga budak-budak. Ha , ini pengalaman menarik ni. Masa jaga kanak-kanak yang berumur lebih kurang 1-3 tahun tu , macam-macam karakter saya boleh tengok.

Ada yang hiperaktif , pasif , garang , manja dan macam-macam lagi. Oh hidup , penuh warna warni! ^^ Saya nak perkenalkan sikit beberapa orang kanak-kanak yang berjaya menarik perhatian saya nih. ^^


1. Anis Sofia

Ini Anis Sofia. Dia agak tegas. Bila nampak kawan-kawan yang lain buat salah , mesti dia pandang macam tak puas hati pastu angkat jari , tunjuk isyarat nak cubit. Haha . Saya rasa Anis ni sesuai jadi pengawas sekolah. ^^


Namun begitu , si Anis ni memiliki senyuman yang comel dengan lesung pipit sebelah kanan. Gambar kat atas tu dia tak senyum betul-betul tu.. kalau tak , perghh.. comel! ^^

******************************

2. Najwa


Masa mula-mula saya nampak Najwa , saya tengok dia duduk sorang-sorang. Dia pandang je saya walaupun saya senyum kat dia dan saya panggil dia datang dekat saya. Dia just pandang. takde respon. Bila dia tengok kawan-kawan yang lain berkumpul depan saya , baru dia datang. Sejak dari itu , dia la yang paling manja dengan saya. Dia suka peluk dan pegang tangan saya.^^


Kalau saya ade anak lelaki yang lebih kurang umur Najwa sekarang ni , teringin jugak nak jadikan si Najwa ni menantu. Haha..

*Amboih.. jauh fikir.


Bukan apa , Najwa ni ada ciri-ciri kewanitaan , keibuan dan kelembutan. Tak caye? Tengok ni :






kan? kan? kan? ^^
Tak risau kalau kita tinggal baby kat dye kejap. Tapi jarang dapat dengar suara Najwa ni , dia pendiam orangnyer. ^^


****************************

 3. Adam

Ini dia si penggoda. Haha.. Adam ni bila dia rasa nak bermanja dengan saya , dia akan datang berlari ke arah saya dan duduk atas riba saya pastu buat muka kiut miut dia yang memang menggoda. Tapi sekejap je tau , bila dia dah taknak , dia pergi macam tu je. Terpinga-pinga kita dibuatnye. Huhu..

*Amboih.. Cintamu tak kekal lama. Nanti besau , kena setia ngan isteri tau! Y_Y

*********************************************

4. Azam

Azam ni , saya panggil dia si jejaka pemalu. Setiap pagi mama dia hantar sekolah , dia taknak masuk melainkan dia nampak Kak Ros ataupun saya kat pintu tu. Orang lain dia taknak.

*Awak buat cikgu rasa terharu dan special >.<

Dia jarang duduk atas riba saya , tapi dia suka lepak macam ni:



*******************************************

5. Adik @ One Two Three.

Haha yang ni saya panggil adik / One Two Three. Sebab? sebab.. sebab..

Haha.. Nasib la sayang , cikgu tak tau nama awak apa jadi cikgu panggil awak adik je. Tak pun kadang-kadang cikgu panggil "One Two Three" sebab abang awak nama Wan.

*Bertuah punya cikgu >_<

Adik ni dia nak sangat begurau dengan saya , peluk saya.
(Amboih cikgu , syok sendiri ke?)
Haha.. betul ni , sebab dia selalu cuba untuk buat begitu namun apakan daya , dia dihalang oleh Big Bro nye yang bernama Wan itu. Dia dikawal ketat oleh abangnya.

 Yang baju putih tu la abangnya ^^


 Tengok , masa tidur pun Wan masih 'kawal' adiknya. Tangan atas perut adik tu. Haha..

*Oh One Two Three , kau dipaksa melepaskanku , ku terpaksa melepaskanmu. Haha.. Jiwang tak tentu hala cikgu nih.

**********************************

Tambahan ><
 Lepas amik gambar ni , terfikir lak , sepadan la dua orang ni. Huhu..

*Lahai cikgu.. itu kanak-kanak la =.= huhu..

Sunday, 15 April 2012

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..


"....... Sesungguhnya Dialah yang Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang ."
(Surah Al Baqarah (2) : ayat 54)

"......, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
(Surah Al Baqarah (2) : ayat 128).

"....... Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(Surah Al Baqarah (2) : ayat 222).

"....... Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulpun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(Surah An-Nisa (4) : ayat 64)

"Maka barangsiapa bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Al Maaidah (5) : ayat 39)

"....... Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (yaitu) bahawasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya, dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah Al An'aam (6) : ayat 54)

"Tidakkah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya dan menerima zakat, dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang? ."
(Surah At-Taubah (9) : ayat 104)

"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu, dan memperbaiki ( dirinya); sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah An-Nahl (16) : ayat 119)

"Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah Az-Zumar (39) : ayat 53)

 
"Dan Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan,"
(Surah Asy-Syuuraa (42) : ayat 25)

 p/s: Kita sebagai manusia yang banyak kelemahan , memang tak akan terlepas dari membuat kesilapan. Sedangkan Saidina Umar Al-Khattab yang mulia pun pernah membuat banyak dosa besar pada zaman lampaunya , zaman sebelum dia memeluk islam. Semua orang mampu menjadi lebih baik. ^_^

Friday, 13 April 2012

... speechless ...


Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :
" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku..tetapi... 'JARAK' ini untuk MENJAGA aku dan dia..


✿~ Semoga dengan 'JARAK' ini aku dan dia akan BERUBAH menjadi yang lebih baik..


✿~ Semoga dengan 'JARAK' ini aku dan dia akan MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..


✿~ Semoga dengan 'JARAK' ini aku dan dia akan MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..


✿~ Semoga dengan 'JARAK' ini aku dan dia akan MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..


✿~ Dan semoga dengan 'JARAK' ini jua aku dan dia akan yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai-Nya..


p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"



Monday, 9 April 2012

Kelebihan Meninggalkan..


Pengetahuan Bersama

Umar r.a. diberitakan pernah b...
erkata:

“Siapa yang 
meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.


”Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.”

“Siapa yang 
meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan dalam dirinya.”

“Siapa yang 
meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan beribadah.”

“Siapa yang 
meninggalkan gurauan, dianugerahi kepadanya keindahan budi bahasanya.”

"Siapa yang 
meninggalkan cinta kepada dunia, dianugerahi kepadanya cinta kepada akhirat.”

“Siapa yang 
meninggalkan kesibukan menghitung aib orang lain,
dianugerahi kepadanya kesempatan untuk memperbaiki dirinya sendiri.”

“Siapa yang 
meninggalkan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah SWT,maka dia akan dianugerahi keselamatan dari iktiqad orang munafik.”

wallahu’alam..


Be Grateful..



Allah Subhan wa ta'ala says,
 "If you are grateful, I will increase you [in favor]." {14:7}

Silent Please =.=


“Silence is golden when you have nothing beneficial to say.”
-abdulbary-


Kau Tercipta Untukku!

Khas Buat Semua Kaum Adam..


"Aku mungkin tak mampu
jadi ustaz yang hebat berceramah di khalayak ramai,
tapi harapnya jangan pula
aku juga tak mampu menjadi USTAZ pada isteriku nanti."

Tuesday, 21 February 2012

Allah Bersamamu..



“Barangsiapa mengetahui dengan yakin bahwa Allah bersamanya, niscaya tidak akan berpengaruh baginya segala hal
(yang dapat membuat hati menjadi sempit).

(Musa berkata) “Sesungguhnya Tuhanku bersamaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku.””
[Asy Syu’ara : 62]

Saturday, 11 February 2012

Macam Mana Nak Cari Lelaki Soleh?


Saat manusia lain sedang lena dibuai mimpi,Siti kelihatan sedang termenung,pandangannya dilontarkan nun jauh ke dada langit. Sinaran rembulan yang indah dihiasi bintang-bintang yang berkedipan memukau pandangan mata Siti. Namun fatamorgana itu tidak mampu menghentikan sebuah persoalan yang sentiasa bermain di mindanya. Aminah,sahabat Siti yang paling akrab datang menyapa lembut dari belakang..

Aminah: Assalamu'alaikum.. Si Mawar Berduri sorang ni tengah fikirkan apa..?

Siti yang sedikit terkejut dengan sapaan itu segera menoleh.

Siti: Waalaikumussalam w.b.t.. ^_^ tengah fikir macam mana nak cari lelaki baik dan soleh. Nak beli kat pasar malam tak jual,nak masuk Alamanda takut mahal tak cukup duit. Heheh..

Aminah tergelak kecil dengan telatah Siti yang sememangnya terkenal dengan sifatnya yang suka buat lawak. Siti suka melihat teman-temannya ceria.

Aminah: Lelaki yang baik dan soleh akan sentiasa menjauhi dirimu.. ^^

Siti: Erk,maksud awak lelaki yang baik dan soleh tidak akan suka pada saya?

Aminah: Lelaki yang tidak suka kepada kamu akan menjauhi mu, manakala lelaki baik dan soleh yang menyukai kamu, juga akan menjauhi mu..

Siti: Hah? Apa yang awak cuba sampaikan ni? Mak oi ayat macam jalan nak gi Cameron Highlands,berliku-liku. Pening saya dibuatnya. Cuba clean & clear kan nya.

Aminah: Untuk lelaki yang tidak menyukai mu, memang jelas dia akan menjauhi mu atas alasan, dia tidak suka kamu. Manakala untuk lelaki biasa, yang menyukai mu, dia akan cuba mendekati mu, dan ini pasti kamu tahu. Cuma lelaki yang benar-benar baik dan soleh, apabila dia menyukai kamu dia akan menjauhkan diri dari kamu dan inilah yang saya mahu ceritakan..

Aminah menyambung bicara sementara Siti tekun mendengar.

Aminah: Lelaki yang baik dan soleh itu tidak akan menyentuh kamu. Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu. Bukan sahaja tangan halus mu, bukan juga 'menyentuh' mata bening mu tetapi yang lebih utama dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu. Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia dan pada ketika dia sudah bersedia, dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu. Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada mu? Sedaya upaya dia akan cuba menghindar kerana dia tahu pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara, pada ketika itulah bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu dan 'mencengkam' hatinya pula. Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya, antara rindu baik dan zina hati. Sangat-sangat halus dan lelaki baik dan soleh tidak mungkin mahu mengambil risiko itu.

Siti: Dah kalau macam tu asyik menjauh je macam mana nak bersatu?

Aminah: Lelaki baik dan soleh itu, akan mendekatimu dengan niat mahu bernikah. Jadi pada ketika ada lelaki yang berkata mahu menjadikan kamu isteri dan pada ketika itu hati kamu terus berasa bahagia tanpa ragu-ragu serta kamu redha pada agamanya, ketahuilah itulah lelaki baik dan soleh kerana kamu bahagia untuk perkara yang sudah kamu tahu. Bahagia itu bukan datangnya tanpa sedar, pasti sedikit-sedikit kamu tahu juga berkenaan lelaki baik dan soleh di sekeliling kamu dan tanpa sedar kamu ada menaruh hati kepada dia. Lalu pada ketika lelaki yang kamu tanpa sedar suka itu mengajak kamu nikah, kamu tidak akan ragu-ragu malah kamu akan bahagia kerana kamu sudah tahu siapa dia.

Siti: Jadi maknanya sebagai wanita, saya tidak punya peluang untuk berusaha bagi memperoleh lelaki baik dan soleh, sekadar mengharapkan mereka tiba-tiba datang?

Aminah: ^^ Siapa kata tidak perlu berusaha? Kamu taat pada perintah Tuhan, kamui patuh pada larangan-Nya, ibadat kamu tidak pernah berhenti, dan semua itu adalah usaha. Jodoh itukan misteri Tuhan, selain mati dan rezeki. Jadi, usahakan sahaja apa yang termampu dan itulah antara usaha ana juga. Selain itu berdoa dan terus taat kepada Allah. Namun perlu kamu ingat, patuh dan taat kepada Allah itu bukan atas urusan mahu jodoh yang baik dan soleh tetapi ikhlas mahu meraih reda-Nya. Kerana pada ketika kamu diberi jodoh yang sangat bertentangan dengan diri kamu, segeralah bandingkan diri kamu dengan Asiah yang bersuamikan Firaun dan Nabi Noh yang beristerikan perempuan yang tidak percaya kepada Tuhan. Itulah tujuan kamu taat dan patuh kepada Tuhan, iaitu bagi mengikhlaskan ujian yang diberikan-Nya kerana mungkin sahaja jodoh kamu dengan lelaki baik dan soleh tidak di dunia ini, tetapi ditangguh sehingga ke akhirat..