Blogger Layouts

HELP ME TO SPREAD ISLAM BECAUSE OF ALLAH / BANTULAH SAYA MENYEBARKAN AGAMA ISLAM KERANA ALLAH

.

mulakan dengan? Bismillah...

mulakan dengan? Bismillah...

Friday 12 July 2013

Grab This Ramadan!




Bismillah ~
Ramadan Mubarak to all muslim in the world ^_^

Ramadan kali ni awal-awal lagi dah rasa sebak semacam. A day before this barakah month, I was not very excited to welcome this month, maybe ‘cause of my family is not around I guess.

So I was like, "Alaa… Ramadan, tunggu la dulu, nak puasa pertama sampai akhir dengan family..".

But now those words have been changed like this, "Oh Ramadan My Love, My Diamonds, My Gold, My Umbrella, don’t ever leave me. Don’t, please…. I beg you.."

Ha, merayu-rayu engkau. Penangan Ramadan punya pasal, awal-awal lagi dah sebak takut kena tinggal. :D

Last night before sleep I was crying like a lil girl lost her family. And I was hugging the Quran…! Sebab apa tu? Ha sebab menyesal la kan, selama ni orang lain sibuk baca Quran banyak-banyak nak kutip pahala, saya sibuk dengan hal-hal dunia. Kadang –kadang Selalu dan banyak kali je dalam sehari tak baca Quran langsung! Allah.. Berangan nak syurga but never work hard for that. Everything has it own price right?

Ha, inikan pula nak syurga. Ingat senang? Goyang kaki je dapat? Huhu..
:3 I'm so sorry my dear Allah.. Hamba-Mu yang hina ini memang selalu berdosa pada-Mu..

Thus, to all my muslim brothers and sisters, let’s grab this gold month and make it ours!

How? By doing good deeds as much as we can. Sedekah, tolong mak kat dapur kemas umah, tolong ayah basuh kereta, ajak keluarga dan kawan-kawan buat kebaikan, zikir, selawat banyak-banyak, jauhi perkara-perkara mungkar, dll. Solat malam jangan lupa, rugi rugi rugi kalau tinggal. Another important thing, don’t miss reading the Quran AT LEAST 1 juz everyday! Must!


"1 juz banyak giler……………….??!!"

TAK!.. Sikit je. Alah, duk depan facebook berjam-jam boleh. Nak beli pape yang diingini sanggup kerja cari duit, pujuk mak ayah, pinjam duit sana sini, menabung lagi. Nak jadi best student, sanggup study sampai bengkak mata-mata. Tak kan baca Quran 1 juz sehari x boleh?

Tak pernah pernah dengar orang mati sebab baca Quran T_T

hohoi.. emosi kak mah :D hehe.. bukan apa, sayang giler beb. Sayang kalau tak betul-betul pulun bulan yang penuh dengan emas intan berlian nih! Seriously, trust me. If we could see the reward for every good deed we do,
undoubtedly everyone would do it in racing.

Lastly, may Allah
always give us the strength to keep doing all the good deeds we do in this blessed month, in other months. Aamiin.. So, let’s race…..!!! (>_^)

Sunday 7 April 2013

Ikut Al-Quran & Sunnah, nescaya tak sesat.

Gambar Hiasan

Tengah khusyuk jemur kain dari tingkat 2 bangunan kolej tadi, ternampak sorang lelaki masuk kehulur kehilir  macam mencari sesuatu kat ground floor. Wah.. Nasib baik dia tak nampak level atas ni, lau x, mau menjerit macam nampak hantu. Menimbulkan ketidakpuasan hati betul. Takde announcement pun cakap pekerja lelaki nak masuk?? Tapi apsal lagaknya pelik? Macam bukan pekerja je, dengan pakaian kusut masai. Jeans lusuh. Jambang tak diuruskan. Macam gangster je. (Huhu, sorry to say).

Malas nak fikir, aku teruskan jugak jemur baju. Tiba-tiba ada sorang makcik cleaner lebih kurang umur 50an ++ (I guess) lalu kat tepi dengan wajah sugul nye. Aku yang sememangnya peramah pemarah ni tegur le makcik tu.

Aku: (^_____^) Makcik,, nak balik dah ke?

Makcik: Belum.. (Senyum berat)

Aku: Makcik, sape lelaki kat bawah tu? Pekerja ke? Takde cakap pun pekerja lelaki nak masuk? (Sambil tunjuk kat bawah point kat laki yang tengah ke sana ke mari tu)

Makcik: (Sambil melontarkan pandangan ke bawah) Eh?? Tu anak makcik tu. Hah sudah, datang nak duit la tu. Boleh makcik masuk bilik awak sekejap tak? Makcik kena menyorok ni.

Aku: ?? err.. masuk la makcik. Masuk, masuk. (Sambil buka pintu bilik).

Suddenly, announcement bunyi:

"Perhatian kepada semua penduduk kolej P**h**t**n, sila berhati-hati kerana didapati ada seorang lelaki yang dicurigai dan bukan pekerja disini sedang berada di kawasan kolej"

Lebih kurang macam tu la announcement nye.

Allah.. Allah.. Allah.. Kesian sungguh bila dengar cerita dari makcik tu. Katanya tu anak bongsunya. Selalu mintak duit kat dia, selagi tak bagi selagi tu dia datang kacau. Kadang anak dia tunggu dekat luar pagar, kadang pegi cari kat rumah. Kalau tak kasi duit, anaknya akan mengamuk. Sampai makcik selalu kena tidur kat mana- mana tempat lain, takleh balik rumah. Dan banyak lagi yang diluahkan, biarlah rahsia. Nangis-nangis makcik tu cerita.

Allahuakbar.. apa la kudrat sorang ibu yang berumur hampir 60 tahun (I guess) tu, dahtu berapa sangat la gaji seorang cleaner. Aduhai anak.. jangan la membebankan ibumu seperti itu.. Kalau tak mampu bagi kesenangan pada orang tua, at least jangan menyusahkan.

MasyaAllah.. Ingatlah ye, susah kita, susah lagi orang lain. Derita kita, derita lagi orang lain. Syukur Ya Allah dengan apa yang ada sekarang ni. Semoga kita semua peroleh suasana keluarga yang harmoni.. Aamiin..