Blogger Layouts

HELP ME TO SPREAD ISLAM BECAUSE OF ALLAH / BANTULAH SAYA MENYEBARKAN AGAMA ISLAM KERANA ALLAH

.

mulakan dengan? Bismillah...

mulakan dengan? Bismillah...

Wednesday 28 December 2011

Akhawat Hipokrit!


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang mengeluarkan siang dari malam dan memberi petunjuk. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarga Baginda, para Sahabat, tabi’ tabi’in serta mereka yang mengikuti jejak langkah mereka.


Okeh! Okeh! Sila bersabar adik kakak abang sekalian. Turunkan semula lengan baju yang anda singsing tadi. Sila istighfar sepuluh kali bagi menjauhkan syaitonirrajim di kawasan cakra anda sebelum proceed.

Akhawat adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud saudara-saudara perempuan. Namun, di sini ingin saya rujuk penggunaannya kepada gadis bertudung litup dan baju lelabuh yang sering bertebaran dan mengganggu nikmat jahiliyyah di kolej-kolej he he.

Ehem.

Sebelum itu marilah sama-sama kita memutar kembali filem memori kita ke zaman dahulukala ketika anda melihat akhawat buat pertama kalinya.

Anda berjalan di kawasan lapang dan bertemu dengan sekumpulan gadis bertudung litup dan baju labuh. Mereka kelihatan sama. Dan anda juga mempunyai kawan yang tiba-tiba mengubah cara berpakaiannya menjadi sedemikian setelah bergelumang dengan mereka itu. Anda pun terfikir, susahnya nak jadi baik, kena tukar cara berpakaian semua…

Dari situlah muncul perkataan-perkataan khas seperti hipokrit, macam bagus etc.

Sekarang bagi anda itu bukan lagi isu kerana anda sendiri pun dah pakai lelabuh. Tajuk dah lapuk bai. Next please?

Ya, ya. Namun, tidakkah kita menyedari bahawa putaran persoalan ini sentiasa berulang pada jiwa-jiwa baru yang melihat kita (ehem) berjalanan riang gembira bersama akhawat berbaju lelabuhan? Tambahan pula anda dahulu adalah otai-otai sekolah yang membuli adik-adik junior dengan aktiviti menunggang motor kapcai di tengah gelanggang badminton sekolah. Anda juga adalah.. ya, senior itulah, yang suka menjerit dari bilik study kepada adik junior yang terhigh pitch sedikit di bilik dobi.

Tiba-tiba apabila ia terserempak dengan anda setelah sekian lama, anda telah pun bertukar menjadi kakak yang sangat manis, pyare, baik-baik, ramah dan lemah lembut. Suara anda pula tidak lagi melebihi volume 2. Mananya tidak ada keanehan di situ.

Itu salah satu contoh dan gambaran.

Hipokrit = Hippopotamus = Munafik?

Lalu, banyaklah tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh ‘orang-orang terkejut’ ini kepada akhawat. Termasuk juga adik-adik yang baru ‘terjebak’ di dalam tarbiyyah tetapi masih takjub dengan akhlak akhawat.

Pada suatu hari, seorang ukhti pernah mengadu seperti ini kepada saya, “Mengapa akhawat ni kelihatan sama sahaja gaya mereka. Tak boleh ke jadi diri sendiri. Saya rasa mereka ni macam…”

“Hipokrit?” Tanya saya. Dia membalas dengan tiga kali anggukan dengan kelajuan penuh.

Saya menggaru hidung.

Oleh kerana saya ini ada personality disorder ala-ala Dr. Jekyll dan Mr. Hyde, saya ada kemampuan untuk menyerap cakra orang lain lalu menggunakan personaliti mereka mengikut kesesuaian mood atau peristiwa yang berlaku. Kadang-kadang menjadi seorang pemikir yang ‘khusyuk’, lari di sudut bilik dan berlakon menjadi pasu bunga. Pada waktu yang lain, terlalu ‘aktif’ sehingga sanggup memegang watak katak puru dalam cerita ‘The Tales of the Da’i and the Frog’. Cuma beza kes saya dan Dr. Jekyll, faktor pertukaran cakra ini tidak bergantung pada bahan kimia yang diminum tapi lebih kepada dorongan hati.

Saya pun mula terfikir-fikir. Selama ni aku hipo ke?

Oleh sebab itu, saya agak pening mengenai topik hipokrit ini kerana asalnya hipokrit bermaksud: anda beriman di hadapan orang lain dan kembali kafir di hadapan orang lain! Huh, anda tahu apa hukumnya menuduh orang sebagai munafik (hypocrite)? Hati-hati.

Tapi mungkin maksud sebenar soalan berkenaan hanyalah suatu pertikaian kecil berbunyi: “An-naas ma’adin (manusia itu umpama logam). Kita masih lagi menjadi orang yang sama, ada logam dan personaliti sendiri. Gaya, mutu, keunggulan sendiri. Kenapa nak berubah totally jadi macam orang lain lepas dapat kefahaman islam?”

Kenapa nak jadi orang lain? Kenapa hipokrit?

Dr. Jekyll dan Mr. Hyde mesti sangat terasa hati dengan anda pada waktu ini.


‘Weh, ni ada plan baek punya. Malam ni kita pi tabuh depa yang dok kata aku hipokrit.’


Untuk melihat kepada hipokritnya manusia, ada beberapa aspek yang perlu kita teliti dahulu sebelum mengatuk-ngetukkan jari telunjuk kita pada hidung orang lain.

1. Perubahan luaran.

Saya berasa aneh kerana pada suatu masa kita mengklasifikasikan stail pemakaian aneh pemuda pemudi sekarang sebagai fesyen tetapi dalam masa yang sama fesyen akhawat dituduh sebagai perubahan “luaran” sahaja dan penuh hipokrit (?) Tidak jadi diri sendiri dan meniru orang lain (?)

Habis tu, jomlah kita sarung kain batik atas kepala ala-ala zaman Hang Tuah kerana tudung-tudung kita sekarang semua ikut trend budaya luar, meniru orang lain dan tak jadi diri sendiri. Dan jangan pakai-pakai lagi dah kemeja dan tali leher. Tu budaya barat. Lagilah harem nak tiru. Amacam? (Angkat kening dua kali ala-ala Anjali Sharma)

Kalau anda tidak tahu, apa yang dipakai akhawat itu ialah fesyen unggul. Fesyen menutup aurat- suatu fesyen yang wujud lebih 1400 yang lalu, lebih lama daripada fesyen musim panas Malaysia. Canggih gile akhawat kita.

Hanya apabila suatu aura kuat menyerbu ke dalam hati manusia, mereka tidak akan teragak-agak untuk membiarkan diri mereka dipengaruhi aura itu. Dan aura fesyen barat menjadi kuat dan dominant kerana ia adalah tamadun yang memegang tampuk kekuasaan dunia. Aura fesyen akhawat pula menjadi kuat atas dasar kekuatan ruh islam itu sendiri. Hanyasanya sekarang tamadun islam belum naik maka tak peliklah kalau fesyen akhawat belum komersial. So, ayohlah berusaha lagi dalam me’market’kan lagi islam ya akhawat he he.


2. Perubahan personaliti.

Mungkin sesetengah orang dalam masyarakat termasuk akhawat yang baru terjebak dalam tarbiyyah masih konfius dengan krisis identiti ini dan berasa rimas melihat akhawat yang terlalu lemah-lembut, terlalu itsar, terlalu berlapang dada sehingga perasaan was-was itu terbit. Saya dulu masa muda-muda, pun berasa aneh dengan hal ini dan sering mengulangsuara pertanyaan-pertanyaan untuk benar-benar pasti. Kadang-kadang sengaja bertanya banyak kali untuk menduga.

Kak, takpe ke saya makan semua makanan akak ni. Bukan ke akak lapar ke tadi?
Takpe. Makan makan. Akak dah kenyang.
2-3 suap pun kenyang ke?
(Tanya lagi sekali sebab saja menggoda)
Berhenti sebelum kenyang he he.
Uhuks he he.

Kak, takpe ke akak tidur tak beralas tu? Akak ambil la bantal peluk masem saya ni.
Takpe. Awak kan tak boleh lena kalau takde bantal masem.
(Mak ai, pengorbananmu
sungguh
tak ada logika.) Berbantal lengan tidurmu..?
Amboih, siap lagu Cindai lagi!
Aha ha.

Lalu saya mempertikaikan (dalam hati) kok ngapain baik bangat akhawat. Kaya’nya pura-pura gitu tapi setelah diuji dengan soalan peperiksaan-akhawat-skeptikal ternyata itu tuduhan yang nggak-nggak sekali.

Akhawat ni aneh, dalam pengertiaan aneh yang luar biasa! Bisik saya.

Kemudian saya pun mula merenung..

Mungkin sebenarnya tuduhan pura-pura itu berlaku kerana kita sendiri tidak mampu mencapai akhlak tahap itu. Malah, kita masih di tahap takjub dan tertanya-tanya. Akhlak sebegitu tidak pernah tercapai dalam minda kita sekalipun. Sifat keterkejutan kepada sifat superbaik akhawat menyebabkan kita memuncung-muncung ala-ala kemuncungan adik-beradik Yusuf a.s. semasa menipu ayah mereka.

Kiranya, akhawat dituduh hipokrit kerana akhlak mereka ideal! Tak tercapai dek akal mereka yang lain. Ucapkan alhamdulillah. Anda selangkah mendekati syurga.

Buat mereka yang masih ada krisis dalam jiwanya, tuduhan anda itu dilontarkan mungkin kerana dua sebab dalam diri anda:


a. Kurang taaruf.

Saat sekali atau dua kali bertemu dengan akhawat memanglah kita tidak dapat mengenali mereka melebihi daripada akhlak asas-pertemuan-kali-pertama.

Setelah mengenali akhawat, anda akan mengetahui pelbagai ragam dan sikap unik masing-masing tetapi jiwa-jiwa mereka saling tak tumpah seperti manusia biasa. Ada yang umpama ibu-ibu dan ada yang gegarang, ada yang terer habis bab mentafsir riak wajah orang dan ada yang selenge buat-buat tak faham, ada yang mantap habis bacaan al-Qurannya dan ada yang masih di pangkat berusaha gigih, ada yang terer masak sejak kecil dan ada yang belajar masuk dapur lepas dapat tarbiyyah – duduk di tepi periuk dan ‘Oooo macam ni…’ sahaja di tepi tukang masak he he. Ada yang cepat tension dan ada yang cool sepanjang masa. Ada yang lemah-lembut dan ada yang stylo habis. Ada yang ada personality disorder, kadang-kadang nak jadi pasu kadang-kadang nak jadi katak puru heh.

Pendek kata, macam manusia biasa, ada pelbagai personaliti, dengan kelebihan dan kelemahan. Ditambah dengan sentuhan tarbiyyah maka mereka berebut-rebut memperbaiki akhlak dan kemahiran. Yang takut memandu pun paksa diri belajar memandu sebab nak hangkut adik-adik masa program, yang pandai memandu buat cheer pompom di tempat duduk belakang. Macam-macam hal.

Jadi, siapa kata akhawat ni sama sahaja?


b. Ataupun…fuh, sebenarnya anda tidak menyukai akhlak islami? Na’uzubillah.

Macam contoh tadi, mungkin adik junior yang dibuli oleh anda telah bertaaruf dan menyemak betul-betul sikap anda dan dia pasti, sikap anda itu bukanlah lakonan drama semata-mata. Anda memang terbukti akhawat yang sohih. Dan dia tiadalah lagi berdendam dengan anda yang pernah memaksanya membuat aksi tunggangan motor kapcai itu dulu. Namun, dia masih juga tidak dapat menerima sikap-sikap akhawat.

Bahaya ni. Terutamanya jika dia juga adalah akhawat!

Ini kerana walaupun personaliti berbeza-berbeza, sikap akhawat kelihatan sama sahaja kerana apa yang mereka praktikkan adalah akhlak ajaran islam, akhlak Rasulullah saw. Kalau dengan itu pun ada yang tidak berpuas hati, maka tidaklah dapat saya berkata apa-apa….isk hisk. Sila cuci kembali fikrah anda.

Akhawat yang hipokrit tidak wujud dalam kamus kerana jika ia hipokrit, ia bukanlah akhawat. O yes.

Wallahua’lam.


Tuesday 13 December 2011

Andai Namaku di Pintu Neraka



Jika esok ku tidak bernafas lagi
apa yang perlu ku bawa untuk menghadapMU
Jika esok ku tidak bernafas lagi
mampukah aku membuatMU gembira
dengan hadiahku ini
indah atau busuk di pandanganMU

andai esok kenikmatan ini tak dapat ku kecapi lagi
ku ingin KAU tahu Tuhanku
batinku menangis mengenangkan dosa ini
andai namaku telah tercatat di pintu neraka
izinkan hambaMU ini memadam kembali
detik noda hitam yang dulu berselirat di ruang nafas ini
kerana ku takut bila bertemu denganMU
KAU tak sudi memandangku
dan ku tak dapat merasai kenikmatan pabila melihat dzatMU yang Maha Mulia

Tuhanku...
sehina mana pun diri ini
aku tetap hambaMU
seandainya esok bukan milikku lagi
bukalah pintu hatiku Tuhan
untuk bertaubat kepadaMU


Friday 2 December 2011

Jangan Dekati Zina!

Untuk gambar yang lebih jelas,sila klik gambar tersebut ye tetamu-tetamu Cik Siti yang dirahmati Allah sekalian... (^_^)