Blogger Layouts

HELP ME TO SPREAD ISLAM BECAUSE OF ALLAH / BANTULAH SAYA MENYEBARKAN AGAMA ISLAM KERANA ALLAH

.

mulakan dengan? Bismillah...

mulakan dengan? Bismillah...

Monday 5 December 2016

Nak Harta Berjuta-jutaaaa !

Wah.. kemain tajuk. Kau hengat tengah main saidina atau jutaria? Mih3..
Well, sape taknak kan kereta mewah 70 bijik, istana villa bungalow 88 bijik, kan? Duit berterabur sampai kena sapu ngan penyapu. Keh3.. Gila taknak. Nak la woi nak laa..
Tapi kau kena hengat, jangan kejar dunia semata.. Dunia ni penuh dengan pembohongan dan tipu muslihat. Kita taknak kaya kat dunia, miskin di akhirat. Lagi taknak miskin kat dunia, kat akhirat pun papa kedana.. Na'udzubillah..

Ada manusia yang sangat terkejarkan dunia, kerja siang malam sampai tak sempat rehat, sampai sakit-sakit pun ada sebab nak dapatkan kesenangan dunia.. Haa ni taknak ni. Aku hampir terjebak. Fikir macam-macam kan.. Fikir mana nak cari duit untuk itu, untuk ini, bayar tu bayar ni, nak beli tu nak beli ni nak ada itu ini inun (inun?). Sakit kepala aku fikir. Tak waras jugak aku ni kadang (=.=')

Tak payah laa susah susah fikir pasal rezeki sampai migrain senah oii.. Allah tu dah janjikan elok dah rezeki kau.. Tugas kau, usaha, doa dan tawakkal. Ingat tu. Ni aku tulis entry ni supaya aku ingat la. Rezeki tu bukan dalam bentuk harta benda saje.. Dapat pasangan yang baik tu rezeki, ehem ehem. Ahaks (gedik). Sihat tu rezeki, orang sekeliling tak khianat pun rezeki, boleh tido lena, makan kenyang, tak sakit, sehat aje aku tengok diri aku ni.. Ha sila la bersyukur cik Hajjar oii..

Coba dibayangin dong (rosak bahasa indon dapat kat aku), kau susah-susah cari duit beli rumah beli tanah beli kereta, perabot mahal-mahal semua kan.. Tetiba tak sampai seminggu lepas kau beli semua tu, kau mati. MATI okey, bukan pengsan ke pitam. Ha cepat la bayang,, Bertahun kau kejar benda-benda tu sampai tak kenal orang, buat hal-hal agama acuh tak acuh aje sebab sibuk sangat dengan dunia, tiba-tiba lepas tak sampai seminggu kau dapat apa yang kau duk kejar sangat tu, kau mati pulak, Alahai.. sedih cerita ni Senah oi.. kau nak jawab apa dalam kubur nanti?

"Alaa.. kita sibuk cari duit nak beli rumah, kereta dan perabot, dan beg gucci, dan kasut, dan dress dan.."

Kau nak jawab camtu?? Belum sempat jawab kau dah kena tibai agaknya. Jadi tolong ye Cik puan Hajjar, sila sedar diri. Alam abadi tu kita nak hidup nanti. Dunia ni buat yang termampu. Ada rezeki, ada la. Kalau takde, kau jangan nak meroyan tak tentu pasal.. Kau faham ke faham nih?

Sekian.