Blogger Layouts

HELP ME TO SPREAD ISLAM BECAUSE OF ALLAH / BANTULAH SAYA MENYEBARKAN AGAMA ISLAM KERANA ALLAH

.

mulakan dengan? Bismillah...

mulakan dengan? Bismillah...

Thursday 24 May 2012

comelnye kartun nie...:) isi die pun comel.


“Dan janganlah kamu mengHAMPIRI zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan).” (Surah al-Isra’:32)

mari kita sama menjaga ikhtilat sesama kita,di REAL LIFE dan juga di VIRTUAL WORLD(di fb,twitter,phone),di antara lelaki dan perempuan bukan mahram supaya kita tidak akan terjerumus di dalam hasutan syaitan yg super kreatif itu.

#mencegah lebih baik dari mengubati.mari muhasabah diri!^^

p/s: Hmm.. Macam mana ye nak cakap. Ramai yang kurang ambil berat tentang penjagaan ikhtilat ni. Kenapa ye? Mungkin kurang faham tentang ikhtilat atau menganggap ianya tidak penting dan tidak akan memberi apa-apa kesan negatif andai di abaikan. Cuba bayangkan , ini adalah bakal suami/isteri anda:

Si A seorang yang tak pernah tinggal solat 5 waktu. Tak pernah tinggal puasa wajib. Tak couple! Selalu mengikuti majlis-majlis ilmu. Selalu berdamping dengan para ulama. Jika ada aktiviti dakwah , ceramah atau aktiviti-aktiviti berfaedah , namanya pasti tersenarai awal-awal lagi. Dia pandai hormat orang tua. Si A juga rajin ke masjid. Dia sentiasa cuba menyeru rakan-rakan untuk menjadi lebih baik. Allahuakbar... , bertuahnya dia andai itu semua dilakukan dengan penuh keikhlasan dan rasa rendah diri terhadap Sang Pencipta kita. Namun begitu.. Si A ini kurang menjaga ikhtilat terutama di VIRTUAL WORLD(di fb,twitter,phone),di antara lawan jantina bukan mahram. Komen benda-benda yang tak penting. Dia takde la komen ayat-ayat lucah ataupun ayat jiwang karat. Alah , saje komen-komen biasa. Gurau-gurau. Lagipun kawan lama (lawan jantina). Saje2 like.. Chatting2 dengan lawan jantina. Saje.. Chatt biasa. Main poke2.. Main missed call2.. Mesej gurau-gurau badak. Bukan gurau manja pun.

Mahukah anda?? Allah dah janji kan , lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Begitu juga sebaliknya.Kalau keadaan si A itu adalah kita , maka awas dan bersedialah kerana kita mungkin akan mendapat pasangan yang seperti itu juga. Pasangan kita duk fb dengan suami orang. Pasangan kita duk fb dengan isteri orang. Jangan terkejut kalau ini terjadi sebab sebelumnya kita undang benda yang sama. Tidak menjaga ikhtilat! Nauzubillah..

0 comments: