Blogger Layouts

HELP ME TO SPREAD ISLAM BECAUSE OF ALLAH / BANTULAH SAYA MENYEBARKAN AGAMA ISLAM KERANA ALLAH

.

mulakan dengan? Bismillah...

mulakan dengan? Bismillah...

Friday 20 April 2012

Kanak-kanak Riang..! (^_^)

Kepada semua pembaca , maaf hari ni i keluar topik sikit hokay? ^^

Pada 19 April 2012 saya telah diterima bekerja sebagai seorang guru di salah sebuah tadika berhampiran rumah saya. Alhamdulillah , ade gak kerja cuti sem ni daripada boring terkurung kat rumah. Boleh gak timba pengalaman. Pagi sampai tengahari i olls mengajar , tengahari sampai petang i olls jaga budak-budak.. ^^ comel la kerja ni kan?. Haha.. (Lah sangat)

Hari pertama bekerja , pemilik sekolah tu yang bernama Kak Na cakap kat saya yang hari tu saya takyah mengajar lagi , just tolong Kak Ros jaga budak-budak. Ha , ini pengalaman menarik ni. Masa jaga kanak-kanak yang berumur lebih kurang 1-3 tahun tu , macam-macam karakter saya boleh tengok.

Ada yang hiperaktif , pasif , garang , manja dan macam-macam lagi. Oh hidup , penuh warna warni! ^^ Saya nak perkenalkan sikit beberapa orang kanak-kanak yang berjaya menarik perhatian saya nih. ^^


1. Anis Sofia

Ini Anis Sofia. Dia agak tegas. Bila nampak kawan-kawan yang lain buat salah , mesti dia pandang macam tak puas hati pastu angkat jari , tunjuk isyarat nak cubit. Haha . Saya rasa Anis ni sesuai jadi pengawas sekolah. ^^


Namun begitu , si Anis ni memiliki senyuman yang comel dengan lesung pipit sebelah kanan. Gambar kat atas tu dia tak senyum betul-betul tu.. kalau tak , perghh.. comel! ^^

******************************

2. Najwa


Masa mula-mula saya nampak Najwa , saya tengok dia duduk sorang-sorang. Dia pandang je saya walaupun saya senyum kat dia dan saya panggil dia datang dekat saya. Dia just pandang. takde respon. Bila dia tengok kawan-kawan yang lain berkumpul depan saya , baru dia datang. Sejak dari itu , dia la yang paling manja dengan saya. Dia suka peluk dan pegang tangan saya.^^


Kalau saya ade anak lelaki yang lebih kurang umur Najwa sekarang ni , teringin jugak nak jadikan si Najwa ni menantu. Haha..

*Amboih.. jauh fikir.


Bukan apa , Najwa ni ada ciri-ciri kewanitaan , keibuan dan kelembutan. Tak caye? Tengok ni :






kan? kan? kan? ^^
Tak risau kalau kita tinggal baby kat dye kejap. Tapi jarang dapat dengar suara Najwa ni , dia pendiam orangnyer. ^^


****************************

 3. Adam

Ini dia si penggoda. Haha.. Adam ni bila dia rasa nak bermanja dengan saya , dia akan datang berlari ke arah saya dan duduk atas riba saya pastu buat muka kiut miut dia yang memang menggoda. Tapi sekejap je tau , bila dia dah taknak , dia pergi macam tu je. Terpinga-pinga kita dibuatnye. Huhu..

*Amboih.. Cintamu tak kekal lama. Nanti besau , kena setia ngan isteri tau! Y_Y

*********************************************

4. Azam

Azam ni , saya panggil dia si jejaka pemalu. Setiap pagi mama dia hantar sekolah , dia taknak masuk melainkan dia nampak Kak Ros ataupun saya kat pintu tu. Orang lain dia taknak.

*Awak buat cikgu rasa terharu dan special >.<

Dia jarang duduk atas riba saya , tapi dia suka lepak macam ni:



*******************************************

5. Adik @ One Two Three.

Haha yang ni saya panggil adik / One Two Three. Sebab? sebab.. sebab..

Haha.. Nasib la sayang , cikgu tak tau nama awak apa jadi cikgu panggil awak adik je. Tak pun kadang-kadang cikgu panggil "One Two Three" sebab abang awak nama Wan.

*Bertuah punya cikgu >_<

Adik ni dia nak sangat begurau dengan saya , peluk saya.
(Amboih cikgu , syok sendiri ke?)
Haha.. betul ni , sebab dia selalu cuba untuk buat begitu namun apakan daya , dia dihalang oleh Big Bro nye yang bernama Wan itu. Dia dikawal ketat oleh abangnya.

 Yang baju putih tu la abangnya ^^


 Tengok , masa tidur pun Wan masih 'kawal' adiknya. Tangan atas perut adik tu. Haha..

*Oh One Two Three , kau dipaksa melepaskanku , ku terpaksa melepaskanmu. Haha.. Jiwang tak tentu hala cikgu nih.

**********************************

Tambahan ><
 Lepas amik gambar ni , terfikir lak , sepadan la dua orang ni. Huhu..

*Lahai cikgu.. itu kanak-kanak la =.= huhu..

0 comments: