Blogger Layouts

HELP ME TO SPREAD ISLAM BECAUSE OF ALLAH / BANTULAH SAYA MENYEBARKAN AGAMA ISLAM KERANA ALLAH

.

mulakan dengan? Bismillah...

mulakan dengan? Bismillah...

Sunday 7 April 2013

Ikut Al-Quran & Sunnah, nescaya tak sesat.

Gambar Hiasan

Tengah khusyuk jemur kain dari tingkat 2 bangunan kolej tadi, ternampak sorang lelaki masuk kehulur kehilir  macam mencari sesuatu kat ground floor. Wah.. Nasib baik dia tak nampak level atas ni, lau x, mau menjerit macam nampak hantu. Menimbulkan ketidakpuasan hati betul. Takde announcement pun cakap pekerja lelaki nak masuk?? Tapi apsal lagaknya pelik? Macam bukan pekerja je, dengan pakaian kusut masai. Jeans lusuh. Jambang tak diuruskan. Macam gangster je. (Huhu, sorry to say).

Malas nak fikir, aku teruskan jugak jemur baju. Tiba-tiba ada sorang makcik cleaner lebih kurang umur 50an ++ (I guess) lalu kat tepi dengan wajah sugul nye. Aku yang sememangnya peramah pemarah ni tegur le makcik tu.

Aku: (^_____^) Makcik,, nak balik dah ke?

Makcik: Belum.. (Senyum berat)

Aku: Makcik, sape lelaki kat bawah tu? Pekerja ke? Takde cakap pun pekerja lelaki nak masuk? (Sambil tunjuk kat bawah point kat laki yang tengah ke sana ke mari tu)

Makcik: (Sambil melontarkan pandangan ke bawah) Eh?? Tu anak makcik tu. Hah sudah, datang nak duit la tu. Boleh makcik masuk bilik awak sekejap tak? Makcik kena menyorok ni.

Aku: ?? err.. masuk la makcik. Masuk, masuk. (Sambil buka pintu bilik).

Suddenly, announcement bunyi:

"Perhatian kepada semua penduduk kolej P**h**t**n, sila berhati-hati kerana didapati ada seorang lelaki yang dicurigai dan bukan pekerja disini sedang berada di kawasan kolej"

Lebih kurang macam tu la announcement nye.

Allah.. Allah.. Allah.. Kesian sungguh bila dengar cerita dari makcik tu. Katanya tu anak bongsunya. Selalu mintak duit kat dia, selagi tak bagi selagi tu dia datang kacau. Kadang anak dia tunggu dekat luar pagar, kadang pegi cari kat rumah. Kalau tak kasi duit, anaknya akan mengamuk. Sampai makcik selalu kena tidur kat mana- mana tempat lain, takleh balik rumah. Dan banyak lagi yang diluahkan, biarlah rahsia. Nangis-nangis makcik tu cerita.

Allahuakbar.. apa la kudrat sorang ibu yang berumur hampir 60 tahun (I guess) tu, dahtu berapa sangat la gaji seorang cleaner. Aduhai anak.. jangan la membebankan ibumu seperti itu.. Kalau tak mampu bagi kesenangan pada orang tua, at least jangan menyusahkan.

MasyaAllah.. Ingatlah ye, susah kita, susah lagi orang lain. Derita kita, derita lagi orang lain. Syukur Ya Allah dengan apa yang ada sekarang ni. Semoga kita semua peroleh suasana keluarga yang harmoni.. Aamiin..