Blogger Layouts

HELP ME TO SPREAD ISLAM BECAUSE OF ALLAH / BANTULAH SAYA MENYEBARKAN AGAMA ISLAM KERANA ALLAH

.

mulakan dengan? Bismillah...

mulakan dengan? Bismillah...

Saturday 11 February 2012

Macam Mana Nak Cari Lelaki Soleh?


Saat manusia lain sedang lena dibuai mimpi,Siti kelihatan sedang termenung,pandangannya dilontarkan nun jauh ke dada langit. Sinaran rembulan yang indah dihiasi bintang-bintang yang berkedipan memukau pandangan mata Siti. Namun fatamorgana itu tidak mampu menghentikan sebuah persoalan yang sentiasa bermain di mindanya. Aminah,sahabat Siti yang paling akrab datang menyapa lembut dari belakang..

Aminah: Assalamu'alaikum.. Si Mawar Berduri sorang ni tengah fikirkan apa..?

Siti yang sedikit terkejut dengan sapaan itu segera menoleh.

Siti: Waalaikumussalam w.b.t.. ^_^ tengah fikir macam mana nak cari lelaki baik dan soleh. Nak beli kat pasar malam tak jual,nak masuk Alamanda takut mahal tak cukup duit. Heheh..

Aminah tergelak kecil dengan telatah Siti yang sememangnya terkenal dengan sifatnya yang suka buat lawak. Siti suka melihat teman-temannya ceria.

Aminah: Lelaki yang baik dan soleh akan sentiasa menjauhi dirimu.. ^^

Siti: Erk,maksud awak lelaki yang baik dan soleh tidak akan suka pada saya?

Aminah: Lelaki yang tidak suka kepada kamu akan menjauhi mu, manakala lelaki baik dan soleh yang menyukai kamu, juga akan menjauhi mu..

Siti: Hah? Apa yang awak cuba sampaikan ni? Mak oi ayat macam jalan nak gi Cameron Highlands,berliku-liku. Pening saya dibuatnya. Cuba clean & clear kan nya.

Aminah: Untuk lelaki yang tidak menyukai mu, memang jelas dia akan menjauhi mu atas alasan, dia tidak suka kamu. Manakala untuk lelaki biasa, yang menyukai mu, dia akan cuba mendekati mu, dan ini pasti kamu tahu. Cuma lelaki yang benar-benar baik dan soleh, apabila dia menyukai kamu dia akan menjauhkan diri dari kamu dan inilah yang saya mahu ceritakan..

Aminah menyambung bicara sementara Siti tekun mendengar.

Aminah: Lelaki yang baik dan soleh itu tidak akan menyentuh kamu. Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu. Bukan sahaja tangan halus mu, bukan juga 'menyentuh' mata bening mu tetapi yang lebih utama dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu. Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia dan pada ketika dia sudah bersedia, dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu. Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada mu? Sedaya upaya dia akan cuba menghindar kerana dia tahu pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara, pada ketika itulah bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu dan 'mencengkam' hatinya pula. Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya, antara rindu baik dan zina hati. Sangat-sangat halus dan lelaki baik dan soleh tidak mungkin mahu mengambil risiko itu.

Siti: Dah kalau macam tu asyik menjauh je macam mana nak bersatu?

Aminah: Lelaki baik dan soleh itu, akan mendekatimu dengan niat mahu bernikah. Jadi pada ketika ada lelaki yang berkata mahu menjadikan kamu isteri dan pada ketika itu hati kamu terus berasa bahagia tanpa ragu-ragu serta kamu redha pada agamanya, ketahuilah itulah lelaki baik dan soleh kerana kamu bahagia untuk perkara yang sudah kamu tahu. Bahagia itu bukan datangnya tanpa sedar, pasti sedikit-sedikit kamu tahu juga berkenaan lelaki baik dan soleh di sekeliling kamu dan tanpa sedar kamu ada menaruh hati kepada dia. Lalu pada ketika lelaki yang kamu tanpa sedar suka itu mengajak kamu nikah, kamu tidak akan ragu-ragu malah kamu akan bahagia kerana kamu sudah tahu siapa dia.

Siti: Jadi maknanya sebagai wanita, saya tidak punya peluang untuk berusaha bagi memperoleh lelaki baik dan soleh, sekadar mengharapkan mereka tiba-tiba datang?

Aminah: ^^ Siapa kata tidak perlu berusaha? Kamu taat pada perintah Tuhan, kamui patuh pada larangan-Nya, ibadat kamu tidak pernah berhenti, dan semua itu adalah usaha. Jodoh itukan misteri Tuhan, selain mati dan rezeki. Jadi, usahakan sahaja apa yang termampu dan itulah antara usaha ana juga. Selain itu berdoa dan terus taat kepada Allah. Namun perlu kamu ingat, patuh dan taat kepada Allah itu bukan atas urusan mahu jodoh yang baik dan soleh tetapi ikhlas mahu meraih reda-Nya. Kerana pada ketika kamu diberi jodoh yang sangat bertentangan dengan diri kamu, segeralah bandingkan diri kamu dengan Asiah yang bersuamikan Firaun dan Nabi Noh yang beristerikan perempuan yang tidak percaya kepada Tuhan. Itulah tujuan kamu taat dan patuh kepada Tuhan, iaitu bagi mengikhlaskan ujian yang diberikan-Nya kerana mungkin sahaja jodoh kamu dengan lelaki baik dan soleh tidak di dunia ini, tetapi ditangguh sehingga ke akhirat..

0 comments: