Blogger Layouts

HELP ME TO SPREAD ISLAM BECAUSE OF ALLAH / BANTULAH SAYA MENYEBARKAN AGAMA ISLAM KERANA ALLAH

.

mulakan dengan? Bismillah...

mulakan dengan? Bismillah...

Sunday 13 November 2011

Lepaskan Hijabmu , Lepaskan Jubahmu...

Manusia itu berkata,
"Lepaskan hijabmu , lepaskan jubahmu.. Ayuh kembali jadi normal!"

Apakah aku tak normal???
Cuma berhijab labuh dan berjubah , dikatakan TIDAK NORMAL???
Aneh...Ini kali pertama aku mendengarkan itu..

Kata manusia itu lagi,
"kamu sudah keterlaluan. Ustazah yang mengkaji sunnah & hadis juga masih berhijab biasa , malahan tanpa jubah lagi. Tapi , lihat diri kamu.. Kamu tidak bergaya.. Tidak up to date.. Jangan salahkan lelaki seandainya kamu dah kahwin kelak , hatinya  boleh berubah!.."

Astaghfirullah...Apakah manusia ini sedar akan apa yang diucapkannya?
Aku terdiam seketika..

"Kamu EXTREME.."

Extreme? Adakah memperbaiki diri menuju jalan Allah SWT itu extreme?

"Berubahlah..Kamu bukan diri kamu yang dulu.."

Aku tetap aku.. Cuma sekarang aku menjadi lebih baik dari yang dulu..

"Aku sudah tidak kenal kamu.."

Bagaimana kamu nak kenal aku , jika kamu memandang aku selama ini hanya menggunakan mata kasarmu..
Lihat aku dari mata hatimu..aku berusaha menuju jalan kebenaran..

"berubahlah.. aku mohon!"

Maaf.. aku lakukan semua ini bukan untuk kamu,
Bukan untuk ibuku,
Bukan untuk ayahku,
Bukan untuk manusia lain,
Tapi untuk.. Allah SWT!
Islam agamaku.. aku mengakui bukan cuma dari hati..

"Apa kamu masih berdegil?"

Ini bukan kedegilan.. Ini keikhlasanku demi agamaku , demi Penciptaku..
Ini pendirianku.. Tidak aku goyah hanya kerana kamu..

"Benar kamu enggan berubah?"

Tanyalah aku walau sejuta kali pun,
Kata hatiku tetap sama..
Pendirianku tetap begini..
Sesungguhnya aku sebagai wanita menyerahkan segala hiasan diri buat suamiku.
Bukan sebagai bahan tontonan..


0 comments: