Blogger Layouts

HELP ME TO SPREAD ISLAM BECAUSE OF ALLAH / BANTULAH SAYA MENYEBARKAN AGAMA ISLAM KERANA ALLAH

.

mulakan dengan? Bismillah...

mulakan dengan? Bismillah...

Friday, 7 December 2012

Kreatif.


Comelnya telur ni you all.. huhu.. i nak beli lah mende alah ni sebab adik i susah sikit nak makan jadi i kena buat makanan tu nampak ceria dan comel.

 *Miss my lil bro.. =(

Wednesday, 19 September 2012

why would I have a bf?



One asked her : why don’t you have a Boy friend[bf]

She replied with confidence : « you tell me : why would I have a bf ?!
I guess you have no answer for my question, but I have answers for yours :

First, I am a believer, I can’t do what displease my Creator, HE ordered me not to to take a bf so I should obey HIM.

… Allah says in Qur’an: “nor those who take [secret] lovers. “(surat Al-Nisa-25)

Second, I am a daughter of a man who raised me to be a chaste woman, I am a sister of a man who is proud of my purity, so I don’t want to disappoint them, and most of all I don’t want to disappoint a third man who is my future husband and the father of my children in shaa Allah, because I am preserving myself to him only.

My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man she never raised me to be a toy in any boy’s hand, but she raised me to complete the Deen of a pious man.

Also, I am not an easy girl who would be impressed with sweet love words, but I am a proud Muslimah who is just like a pearl in its shell no one can touch it but a brave man who would value it and cherish its beauty…

Dear Muslimahs…Know your worth! and Be that One In Million who love to have the love of Their Lord than the love of a boyfriend!!!

Saturday, 1 September 2012

SEKSAAN MENINGGALKAN SOLAT

SEKSAAN MENINGGALKAN SOLAT
Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat.

Enam seksa semasa hidup di dunia:

1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.

Tiga seksa tatkala hendak mati:

1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap
merasa tidak puas.

Inilah 3 seksaan tatkala hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tiga seksa ketika di alam kubur:

1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat
itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat. 

Tiga seksa di hari kiamat:

1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami tidak sembahyang."

Renungan:

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun. 

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam. 

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah. 

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri. 

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

Thursday, 30 August 2012

Hatiku Sudah Beku..


Kawan saya kata :

"Hati perempuan ni memang mudah cair.., tapi jaga2 jangan sampai jadi beku.., kalau dah beku bukan lu lagi yang boleh cairkan tetapi orang lain sahaja yang boleh cairkan.." ('',)

Betul3... Saya agak bersetuju, namun hakikatnya hati ini milik Allah SWT sepenuhnya. Hanya dengan izin-Nya hati ini dapat jadi cair ke, beku ke, pecah ke..

*mood : sedih tiba2..

Ya Allah , lapangkan dadaku..Hilangkan kesedihanku.. Ya Rahman, sibukkan aku dengan Cinta dan Kasih Sayang-Mu.. Aamiin.. ^_^

Wednesday, 8 August 2012

BEBAS PALESTINE..!!



La ilaha illaLlah

Muhammadur RasuluLlah

Hidup mati kerana Allah

Berjuang fi sabiliLlah



Wahai para pejuang maralah ke hadapan

Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran

KORBANKANLAH HARTAMU sekalipun JIWA RAGA

Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta



WAHAI PARA PENCINTA KEADILAN

Jangan gentar berjuang bersama

Kezaliman yang bermaharajalela

KITA GEMPUR HINGGA ke HUJUNGNYA



Ayuh bersatu demi Palestin

Bersama kita berjuang untuk Palestin

Tak kira walau diancam senjata

KERANA ALLAH kita mara



Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman

Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'

Berdoa kepada Ilahi

Agar Palestin akan merdeka

Kekal sentosa selamanya.

Tuesday, 12 June 2012

Elakkan Berdebat.


Barangsiapa Berdebat, Sedang Dia Berada Di Pihak Yang Benar, Lalu Dia Berundur Diri, Kerna Tidak Mahu Terjadi Perbalahan Atau Permusuhan, Maka Allah Akan Bina Untuknya Sebuah Mahligai Yang Tinggi Di Dalam Syurga...

--ustaz azhar idrus--

Saturday, 2 June 2012

dari Amru bin al-Ash

Satu rakaat solat sunnah yang dikerjakan pada malam hari lebih baik daripada sepuluh rakaat solat sunnah yang dikerjakan pada siang hari.
(Amru bin al-Ash)

solat sunat

perumpamaan keutamaan solat (sunnah) yang dikerjakan pada malam hari jika dibandingkan dengan keutamaan solat (sunnah) yang dikerjakan pada siang hari seperti keutamaan sedekah yang dilaksanakan secara rahsia atas sedekah yang dilaksanakan secara terang-terangan.
--(Ibnu Mas'ud)--

Heart


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”


Thursday, 24 May 2012

comelnye kartun nie...:) isi die pun comel.


“Dan janganlah kamu mengHAMPIRI zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan).” (Surah al-Isra’:32)

mari kita sama menjaga ikhtilat sesama kita,di REAL LIFE dan juga di VIRTUAL WORLD(di fb,twitter,phone),di antara lelaki dan perempuan bukan mahram supaya kita tidak akan terjerumus di dalam hasutan syaitan yg super kreatif itu.

#mencegah lebih baik dari mengubati.mari muhasabah diri!^^

p/s: Hmm.. Macam mana ye nak cakap. Ramai yang kurang ambil berat tentang penjagaan ikhtilat ni. Kenapa ye? Mungkin kurang faham tentang ikhtilat atau menganggap ianya tidak penting dan tidak akan memberi apa-apa kesan negatif andai di abaikan. Cuba bayangkan , ini adalah bakal suami/isteri anda:

Si A seorang yang tak pernah tinggal solat 5 waktu. Tak pernah tinggal puasa wajib. Tak couple! Selalu mengikuti majlis-majlis ilmu. Selalu berdamping dengan para ulama. Jika ada aktiviti dakwah , ceramah atau aktiviti-aktiviti berfaedah , namanya pasti tersenarai awal-awal lagi. Dia pandai hormat orang tua. Si A juga rajin ke masjid. Dia sentiasa cuba menyeru rakan-rakan untuk menjadi lebih baik. Allahuakbar... , bertuahnya dia andai itu semua dilakukan dengan penuh keikhlasan dan rasa rendah diri terhadap Sang Pencipta kita. Namun begitu.. Si A ini kurang menjaga ikhtilat terutama di VIRTUAL WORLD(di fb,twitter,phone),di antara lawan jantina bukan mahram. Komen benda-benda yang tak penting. Dia takde la komen ayat-ayat lucah ataupun ayat jiwang karat. Alah , saje komen-komen biasa. Gurau-gurau. Lagipun kawan lama (lawan jantina). Saje2 like.. Chatting2 dengan lawan jantina. Saje.. Chatt biasa. Main poke2.. Main missed call2.. Mesej gurau-gurau badak. Bukan gurau manja pun.

Mahukah anda?? Allah dah janji kan , lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Begitu juga sebaliknya.Kalau keadaan si A itu adalah kita , maka awas dan bersedialah kerana kita mungkin akan mendapat pasangan yang seperti itu juga. Pasangan kita duk fb dengan suami orang. Pasangan kita duk fb dengan isteri orang. Jangan terkejut kalau ini terjadi sebab sebelumnya kita undang benda yang sama. Tidak menjaga ikhtilat! Nauzubillah..