Blogger Layouts

HELP ME TO SPREAD ISLAM BECAUSE OF ALLAH / BANTULAH SAYA MENYEBARKAN AGAMA ISLAM KERANA ALLAH

.

mulakan dengan? Bismillah...

mulakan dengan? Bismillah...

Tuesday, 18 October 2011

Mata Lelaki !!!

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa?, saya rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turunlagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuktidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Monday, 17 October 2011

Selamat Hari Lahir (^_^)

(^_^) Buat sesiapa sahaja yang berkongsi tarikh lahir yang sama dengan saya iaitu pada 17-10-(tahun masukkan sendiri,hehe..),saya ucapkan Selamat Hari Lahir...

Awan berarak ceria
Tiada titisan hujan
Pohon melambai
Tanda sokongan

Kususuri perjalanan
Bertemankan senyuman
Di hari lahirmu
Sahabatku

Dedaun berguguran
Membuktikan kedewasaan
Walau tanpa madah dan hadiah
Namun cukup bagiku
Sekadar ucapan

Selamat hari lahir
Iringi doa kuhulur
Bersyukur kepadanya
Atas nikmat usia

Sahabatku
Usia yang tuhan kurniakan ini
Dihasilah ia dengan amalan yang murni
Semoga ia menjadi temanmu di akhirat nanti
Selamat hari lahir

Usiamu ibarat mutiara
Tiada berganti lagi
Hiaskan iman bersulam taqwa
Agar sempat mengucup
Haruman syurgawi

Sunday, 16 October 2011

Wahai Wanita Solehah

Wahai wanita solehah,jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan,lirikan senyuman,pada bicara manja yang mengoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.Telah tercatat seungkap nama lelaki di luh mahfuz untukmu.Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh ketinggian peribadimu,jika kau tetap di atas jalan yang diredhai.InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.

Friday, 14 October 2011

Sombong!

Sombong, bongkak, angkuh atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama, iaitu sifat mazmumah (sifat tercela dan keji). Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh menghalang kita mendapat balasan syurga.

Firman Allah yang bermaksud:"Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina" (Al-Mukmin:60)

Sifat sombong atau takbur boleh dikenali melalui dua jenis, iaitu takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain.

Imam Al-Ghazali berkata : Orang yang takbur marah apabila ditegur sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.

Takbur batin adalah membesarkan diri dalam hati dan ini maksiat hati yang dicela. Contohnya, iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam.Dengan angkuhnya ia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat iblis dan seluruh keturunannya. Takbur juga boleh dibahagi kepada tiga, iaitu takbur terhadap Allah, takbur terhadap rasul-Nya dan takbur sesama manusia. Takbur kepada Allah bermaksud tidak mempedulikan perintah Allah, tidak menghiraukan ancaman-Nya dan memandang rendah segala syariat dan peraturan-Nya.

Takbur terhadap Rasulullah s.a.w ialah enggan mengikut petunjuk dan sunnahnya. Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda anak yatim piatu. Orang Yahudi pula enggan berbuat demikian kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel. Orang Yahudi berasa diri mereka lebih tinggi daripada orang lain, iaitu takbur sesama manusia. Mereka sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap diri mereka berilmu, kaya dan berpangkat sedangkan manusia dijadikan sama di sisi Allah.

Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut mendapat tempiasnya. Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Ya Allah...hiasilah kami dengan sifat mahmudah... dan jauhkan kami dari sifat mazmumah...

Ya Allah tetapkanlah hati kami dan janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami...

Sunday, 9 October 2011

Beri Hatimu Pada-Nya

"BERI HATIMU HANYA UNTUK ALLAH, PASTI ALLAH TEMUKAN PADAMU PEMILIK TERBAIK. HAMPARKAN MASAMU SELUASNYA HANYA UNTUK ALLAH, PASTI ALLAH ATURKAN SELURUH HIDUPMU SEBAIK"

Saturday, 8 October 2011

Khaifa Haluk Ya Nafsy ?



Apa khabar wahai diriku?
Apa warna mu hari ini?
Sudah lama aku tak memperdulikan keadaan dirimu...
Masih kah dirimu seperti dahulu?
Masih kah Allah menjadi kecintaan utamamu?
Masih kah nikmat iman menyertaimu?

Apa khabar wahai diriku?

Rindu rasanya
aku ingin merasakan lazatnya saat
melihat mu menangis saat mengingat
maksiat-maksiat yang mengiringi hari-hari mu.

Apa khabar wahai diriku?

Bagaimana amal-amal mu kemarin?
Apakah masih sama seperti hari ini?
Apakah kau menjadi diri yang puas dengan
prestasi amal mu yang tak pernah meningkat?

Wahai hatiku . . .

bagai mana dengan mu?
Apakah kau masih sibuk dengan impian-impian dunia dan melalaikan bekal akhiratmu?
Berapa banyak bahasa Allah yang kau baca hari ini?
Atau bahasa manusia menyempitkan perkataan mu hingga kau terlena?

Apa khabar wahai diriku?

Berapa amanah yang kau sia siakan hari ini?

Wahai diriku,

apa yang memberatkan langkah mu?
Apa yang menghalangimu untuk menambah imanmu?

Wahai diriku,

betapa kau menjadi manusia yang angkuh.
betapa dirimu selalu hanyut dalam tidur malammu yang panjang tanpa pernah
menemui Rabb mu.

Wahai diriku,

yang bahkan tak sanggup melawan panasnya api dunia,
Apakah panasnya jahannam sanggup kau tahan wahai diriku?
Apa yang membuat hati mu begitu mudah dikotori?
Apa yang membuat lidahmu begitu menyakiti?
Apa yang menghalangimu mendapatkan cinta Allah?

Wahai diriku . . .

cinta mana yang kau kejar?
Wahai diriku, kebahagiaan mana yang kekal untukmu?

Wahai diriku yang egois,

wahai diriku yang penuh maksiat,
wahai diriku yang tak pernah bersyukur,
wahai jiwa yang tamak,
Tuhan mana yang kau kira memberimu rezeki?

Wahai diriku,

syurga tuhan mana yang kau harapkan?
Apa kau begitu memuja keindahan dunia yang fana?
Wahai diriku yang merasa cukup,
Nikmat mana yang telah kau syukuri?
Jawablah wahai diriku...!


Apa jawapan kita ?

Friday, 7 October 2011

SMS Dari Si Dia...

"Tetap istiqomah Ukhti..Selamat Berjuang. Semoga Allah sentiasa bersamamu." Sender : Akhi +6013xxxxxxx

Senyuman timbul dari wajahnya. Seperti ada kehangatan menjalar di dalam dada yang membuatkan degupan jantungnya bertambah cepat. Akal sihatnya bertanya-tanya, "Kenapa dengan aku ni?" Namun segera disangkalnya, "Tak ada apa-apalah! Aku cuma gembira sebab ada rakan seperjuangan yang mendoakan."

Dia segera mengunci pintu bilik dan berlalu ke arah motorsikalnya, ada dauroh. Dia berlari sambil membawa sekeping rasa bahagia membaca sms tadi yang sebahagian besarnya bukan kerana isinya, tetapi kerana nama pengirimnya.


"Ana tengah mengisi halaqoh ni. Doakan agar mad'u-mad'u ini semakin meningkat kefahamannya."
Sender : Akhi +6013xxxxxxx

"Kenapa dia cerita pada aku?" Nada protes bergema di benaknya. Tetapi di suatu tempat, entah di mana, terasa bagaikan ada hembusan lembut angin lalu. Tidak semena-mena dirinya merasa bangga kerana menjadi wanita terpilih menerima SMS tersebut.

Pagi itu telefon bimbit kesayangannya berbunyi,


"Allah pasti membantu mereka yang memperjuangkan agama-Nya. Ukhti, jawab exam betul-betul! Ma'a At-Taufiq Wa An-Najah Fi Al-Imtihan!"

Hatinya melonjak-lonjak bahagia. "Mesti aku dapat jawab dengan mantap hari ni!" Dibacanya SMS dengan berbunga-bunga. Tetapi pengirimnya...

Sender : Ukhti +6013xxxxxxx

Senyumannya memudar. Tarikan nafas panjang. Kecewa. Bukan dari dia. Telefon bimbit berbunyi lagi.

"Semoga Allah membantu hamba-hambanya yang sentiasa memperjuangkan agama-Nya. Selamat Maju Jaya Dalam Peperiksaan." Sender : Akhi +6013xxxxxxx

Dia! Sinaran mentari pagi itu kelihatan seperti warna spektrum yang indah memancar. Senyumannya menguntum lagi. Hatinya bagai bunga-bunga yang mengembang di musim semi. Mekar dan indah.


Biasa dengar? Biasa alami?

Cerita di atas adalah corat-coret gerak hati seorang aktivis dakwah di negeri atas angin yang boleh jadi negeri yang sangat dekat dengan kita. Gerak hati yang mungkin pernah bersemayam di dada kebanyakan daripada kita juga. Mungkin ada yang sedang tertawa kecil atau tersenyum-senyum dan berbisik perlahan, "Macam cerita aku je ni," saat membacanya. (^_^)

Penggunaan kata akhi dan ukhti tadi bolehlah diubah kepada sahabat atau sahabiah, mana-mana kata yang biasa diguna dalam kehidupan seharian pembaca. Boleh juga pengirimnya adalah perempuan dan penerimanya adalah lelaki. Pokoknya ia SMS yang dihantar kepada lawan jenis.

Mari cermati bahagian akhir daripada cerita tadi. Kalimat SMS keduanya hampir sama, yang isinya mengucapkan dan mendoakan agar berjaya dalam peperiksaan. SMS yang sama tetapi menghasilkan perasaan yang amat jauh berbeza. Kerana baginya yang lebih utama itu siapa yang mengirimnya, bukan apa yang dikatanya.

Namun sebenarnya, apakah Allah itu membezakan doa antara lelaki dan perempuan? Mengapa menjadi bahagia saat dia yang berlawanan jantina yang mendoakan?

Perkara inilah yang perlu kita cermati dan lihat dari kaca mata yang benar. Terkadang kita tidak perasan dan membiarkan diri kita hanyut dalam alam luar sedar. Dengan berbekalkan alasan bahawa, "Itu hanya sebuah SMS,” atau “Alah, email je.”

Perangkap!!!

Sedarlah, bahawa itulah perangkap syaitan. Ia menguji kita dengan menggunakan fitrah insani yang telah lama berada dalam jiwa. Fitrah ketertarikan terhadap lawan jenis.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).
[Q.S. Ali ‘Imran, 3:14]


Apalah gunanya kita jadi bersemangat dan semakin kuat, lantaran sumber semangat dan kekuatan itu adalah sesuatu yang tidak jelas? Malah kemungkinan ia hanyalah jelas-jelas sebuah dosa. Kerana hati berbunga-bunga, menikmati sorotan nafsu di dalam jiwa. Jadilah zina hati yang membuahkan dosa.

Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”
[Sahih Muslim, hadis ke 2282]


Nak SMS juga?

Wahai hati, apabila engkau menginginkan SMS-SMS seperti itu, maka tanyakanlah kepada hatimu. “Apa yang aku inginkan sebenarnya? Penghargaan daripada dia atau DIA?” Lalu beristighfarlah. Sungguh, kita semua mengetahui bahawa diri kita lemah. Maka kuatkanlah dengan zikrullah.

Wahai hati, apabila tanganmu gatal untuk menaip email-email yang berkemungkinan mengundang musim bunga dalam jiwa mereka, maka tanyakan kepada dirimu, “Bukankah masih ramai ikhwah-ikhwahku yang memerlukan kata nasihat dan pemangkin semangat?”
Lalu hantarlah SMS tersebut kepada mereka. Layarkanlah email penguat semangat kepada teman-teman seperjuangan tercinta. Itu jauh lebih diredhai-Nya, insya-Allah.


Penutup : Saat Itu Pasti Tiba

Ada saatnya. Akan ada saatnya nanti telefon bimbit kita akan berdering dengan masuknya SMS-SMS romantis. SMS-SMS yang walaupun hurufnya hitam semua, tetapi tetap ber’aura’. Untuk seseorang dan dari seseorang yang telah dihalalkan untuk berkongsi hidup dan segala kata cinta yang ada di dalam kamus-kamus cinta. Cinta yang bermuara kepada pencipta-Nya. Cinta dalam Cinta-Nya.

Bersabarlah untuk saat indah itu.


“Salam. Abang nak mengisi dauroh ni. Kat depan ni ada lautan bidadari bertudung labuh. Tapi tak ada yang secantik bidadariku di istana Baiti Jannati. Tunggu abang balik ye.”
Sender : Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul (Suamiku) +6013xxxxxxx


“Salam. Jaga hati ye. Nanti sayang masak sedap-sedap untuk abang.”
Sender : Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul (Isteriku) +6013xxxxxxx

Ya, hanya untuk suami / isteri kita yang sah akan ditaip semua SMS itu. SMS-SMS paling romantis!!

Ujian Oh Ujian..!

Allah uji mu,di bahagian LEMAH mu,agar datang kepada mu,KUAT pada diri mu....

Allah uji mu,di bahagian SUSAH mu,agar datang kepada mu,SENANG mu....

Allah uji mu,di bahagian SENANG mu,agar datang kepada mu,SYUKUR dalam diri mu...

Allah uji mu,di bahagian SYUKUR mu,agar datang kepada mu,TAAT di dalam diri mu...

Allah uji mu,di bahagian TAAT mu,agar datang kepada mu,IMAN dalam diri mu...

Allaj uji mu,di bahagian IMAN mu, agar datang kepada mu, ALLAH DI HATI mu...

Wednesday, 5 October 2011

Menuju-Mu Ya Rabb

Kadang-kala diri ini,
Terasa ingin melarikan diri,
Ke suatu tempat yang tiada penghuni,
Jauh daripada fitnah duniawi,
Hanya ingin bersendiri,
Tiada siapa di sisi,
Hanya Dia yang sentiasa di hati,
Rabb-ku yang dirindui.

Ku terus berlari,
Mencari cinta Hakiki,
MenujuMu Ya Rabbi.


"Wahai Tuhanku jangan Kau serahkan diriku ini kepadaku, aku tak mampu menguruskannya, dan jangan kau serahkan diri Ku kepada orang lain, kerana mereka akan mensia-siakan aku"

Sunday, 2 October 2011

Pandangan Siapa yang Penting?

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI...
Bila jadi baik, ORANG MELUAT...

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM...
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA...
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN...

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS...
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR...

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'...
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free...

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"...
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..

Hakikatnya kita tak akan pernah mampu memuaskan hati semua manusia & menutup mulut mereka dari mengatakan apa yang mereka suka.Kalau buat salah sudah tentunya disalahkan, tetapi jika buat baik pun masih ada yang tak senang.. ingat pesanan ini :- Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia!